PROJECT BACKGROUND

Selamat Datang ke Islam: Kit Syahadah

Hadiah Ikhlas untuk Saudara Baru Balik Islam memulakan kehidupan baharu.

Islam telah lama bertapak di Filipina, jauh sebelum kedatangan Kristian. Namun kini, daripada 116 juta penduduk (2025), hanya 11% atau 12.8 juta beragama Islam, manakala 89% atau 103 juta Kristian, menjadikan Filipina antara negara Kristian terbesar di Asia. Namun, setiap hari ada yang kembali kepada Islam — mencari kebenaran, ketenangan dan makna hidup. Mereka inilah Balik Islam — saudara kita yang kembali kepada fitrah dan Allah SWT.

Bagi mereka, melafazkan Syahadah bukan sekadar menukar agama, tetapi menukar arah hidup:

Belajar wuduk dan solat, Mengenal Allah dan hidup mengikut syariat

Perjalanan ini indah tetapi mencabar.  ACT Malaysia dan MyGuide melihat sendiri senyuman dan air mata saudara baharu — antara syukur dan kekeliruan. Mereka perlu dibimbing, bukan dibiarkan.


Maka lahirlah idea Kit Syahadah — satu hadiah kecil tetapi besar maknanya.Ia membantu mereka memahami Islam, belajar solat dan mendapat bimbingan berterusan melalui grup fb Messenger & kursus berkala.


Isi Kit Syahadah:

Untuk Muslimah: Mukna (telekung), Sejadah, Risalah asas Islam & panduan solat

Untuk Lelaki: Kopiah, Sejadah, Risalah asas Islam & panduan solat


Program ini dijalankan bersama NGO dakwah tempatan:

1) Al Fatihaat United Women's Association 

2) Phillipine Muslim Women's Union  

3) Lake Sebu Dakwah & Islamic Center Association


Telekung2 dijahit oleh usahawan wanita Balik Islam, sebagai usaha memperkasakan ekonomi mereka.


Harga Kit Syahadah:  Muslimah: RM55/kit; Lelaki: RM35/kit

Sumbangan:  melalui berrypay -

https://berryez.berrypay.com/qr-payment/297

atau transfer ke akaun: 

Action Caring Team (M) Berhad

Maybank 562142713126 

ref: Syahadah kit

Sebarang perhubungan atau pertanyaan, Whatsapp: +60192149345. 


Hadith Rasulullah SAW:

“Sedekah yang paling utama ialah sedekah kepada saudaramu yang berjuang kerana agama Allah.”(Riwayat Ahmad)


Kit Syahadah bukan sekadar hadiah — ia tanda kasih dan solidariti umat Islam kepada saudara baharu, agar mereka tahu bahawa kini mereka tidak lagi bersendirian. 


Comments

Popular posts from this blog

UPDATE (WITH PHOTOS) AS OF 25 DECEMBER 2025 (3RD DISTRIBUTION)